Thursday 24 February 2011

Sejarah dan Pengurusan Masjid Al-Mukminin Kota Kayang, Perlis.




TAJUK :
Sejarah dan pengurusan Masjid Al-Mukminin Kota Kayang, Perlis.


DISEDIAKAN UNTUK :
Ustaz Abd Aziz bin Harjin.
Pensyarah CTU551.


DISEDIAKAN OLEH :
Nama        : Nor Hafizah Binti Mohad Hadi.
No Matrik  : 2010816932
Kumpulan : BMB1Ab


PROGRAM :
Ijazah Sarjana Muda
Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Kewangan)
(BM222)

TARIKH HANTAR :
28 February 2011.


TAJUK :
Sejarah dan Pengurusan Masjid Al-Mukminin Kota Kayang, Perlis.

ABSTRAK.
Maksud Masjid ialah satu kawasan samada mempunyai bangunan atau tidak yang dikhaskan dan diniatkan untuk dijadikan Masjid. Terdapat 3 buah masjid utama dalam Islam iaitu Masjidil Haram, Masjid An-Nabawi dan Masjidil Aqsa. Masjidil Haram ialah masjid yang pertama dibina oleh Nabi Muhammad S.A.W di dunia dan adalah tempat suci pertama dalam Islam. Ianya terletak di Mekah Al-Mukarramah masjid ini juga didirikan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Masjidil Haram juga dikenali sebagai Baitullah al-Haram. Kelebihan solat di Masjidil Haram adalah seratus ribu kali ganda daripada tempat lain. Masjid an-Nabawi pula adalah masjid yang kedua dibina. Masjid ini terletak di Madinah al-Munnawarah. Ianya dibina oleh Rasulullah s.a.w serta penganut Islam setelah berhijrah ke Madinah pada tahun pertama hijrah. Kelebihan solat di masjid ini adalah seribu kali ganda dari tempat lain. Manakala Masjidil Aqsa merupakan tempat suci kedua Islam yang didirikan di Jurusalam Palestin. Masjid ini didirikan oleh Nabi Daud dan anaknya Nabi Sulaiman. Masjid ini juga dikenali sebagai BaitulMaqdis. Masjidil Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum Allah memerintahkan menukar kiblat kearah Masjidil Haram. Baitul Maqdis juga adalah tempat persinggahan Rasulullah sebelum naik ke langit dalam peristiwa Isra’ Mikraj. Terdapat banyak peranan dan fungsi masjid dalam pembentukan Negara Islam. Antaranya ialah masjid sebagai pusat ibadat. Masjid menjadi tempat tumpuan umat Islam mengerjakan ibadat fardu dan sunat seperti solat berjemaah dan membaca Al-Quran. Masjid juga berfungsi sebagai pusat masyarakat seperti perhimpunan untuk merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Peranan masjid juga adalah sebagai pusat pendidikan. Rasulullah menggunakan masjid untuk mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat kepada umatnya. Masjid adalah pusat ekonomi bagi umat Islam dan di situlah zakat, hata wakaf dan jiziah diuruskan. Masjid juga menjadi pusat politik seperti merancang strategi peperangan dan tempat pertemuan diplomatik dari Negara Islam dan Negara bukan Islam. Peranan yang terakhir masjid adalah sebagai pusat seni. Masjid menjadi tempat kegiatan kesenian seperti tempat memperdengarkan bacaan Al-Quran dan Qasidah membaca syair. Kesimpulannya, terdapat banyak peranan masjid yang dapat dimanfaatkan oleh umat Islam di seluruh dunia. Kewujudan Masjid yang pertama dan seterusnya, membuktikan bahawa masjid mempunyai banyak fungsi kepada umat Islam mendekatkan diri dengan Allah.      

ISI KANDUNGAN

TAJUK :
Sejarah dan pengurusan Masjid Al-Mukminin Kota Kayang, Perlis.

1. Isi kandungan
2. Abstrak
2. Pendahuluan
3. Sejarah Masjid Al-Mukminin
5. Latar belakang Imam Masjid Al-Mukminin
6. Aktiviti–aktiviti Masjid Al-Mukminin
   6.1 Aktiviti harian
   6.2 Aktiviti bulan istimewa
   6.3 Aktiviti sampingan dan program yang dianjurkan oleh Masjid  Al-Mukminin
7. Kesan daripada aktiviti yang dijalankan di Masjid Al-Mukminin
8. Masalah yang dihadapi oleh Masjid Al-Mukminin
9. Cadangan Imam Masjid Al-Mukminin
10. Harapan Imam
11. Penutup
12. Bibliografi

PENDAHULUAN.
Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana saya berpeluang dan menyiapkan esei ini yang bertajuk Sejarah dan Pengurusan Masjid. Tujuan esei ini ditulis adalah untuk berkongsi serba sedikit tentang Masjid yang telah saya kunjungi.
Masjid adalah tempat suci bagi seluruh umat Islam di dunia dan memakmurkan Masjid adalah satu tuntutan. Tuntutan tersebut jelas dalam Surah At-Taubah Ayat ke 18 :
            Maksud Ayat :
'  Hanyalah orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah. Ialah orang yang beriman kepada Allah & hari kemudian serta tetap mendirikan solat, zakat & tidak takut (kpd sesiapa pun) selain Allah  Maka merekalah orang yang diharapkan termasuk ke dalam gol orang-orang yg mendapat petunjuk'
Di atas tuntutan tersebut, di dalam penulisan esei ini akan membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Masjid Al-Mukminin. Di dalam esei ini juga membincangkan tentang sejarah pembinaan Masjid Al-Mukminin, latar belakang Imam yang ditemuramah, kesan daripada aktiviti yang dijalankan, maslah yang dihadapi oleh pihak Masjid, cadangan, serta harapan Imam Masjid itu sendiri. 
Harapan kepada pembaca agar kita dapat berkongsi tentang Sejarah dan Pegurusan Masjid Al-Mukminin Kota Kayang. Setelah membaca esei ini, diharapkan agar pembaca dapat memahami apakah aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pihak Masjid itu sendiri.
Kesimpulanya, seluruh umat Islam haruslah memakmurkan masjid yang berdekatan dengan tempat tinggal kita agar, masjid yang dibina tidak akan usang kerana ditinggal dan tidak dijaga.

HURAIAN.

Sejarah Masjid Al-Mukminin Kota Kayang.
Masjid Al-Mukminin terletak di Jalan Al Marhum kayang Kuala Perlis. Masjid ini berdekatan dengan Muzium Kota Kayang. Masjid ini ditubuhkan bagi memudahkaan penduduk di sekitarnya beribadat dan melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat, Masjid Al-Mukminin ditubuhkan pada 26 Rabiul Akhir 1416 bersamaan 22 September 1995. Masjid ini telah dirasmikan oleh Raja Perlis iaitu Tuanku Syed Sirajuddin Putra Ibni Almarhum Syed Putra Jamalulai. Pada asalnya Masjid ini di bina berasaskan kayu. Pada tahun 1985, Masjid ini telah dibina semula dengan berasaskan batu bata. Masjid ini juga telah dinaik taraf daripada tingkap biasa kepada tingkap kaca. Pada bulan Ramadhan tahun 2010, masjid ini telah dilengkapi dengaan kemudahan penghawa dingin. Kemudahan ini adalah hasil daripada sumbangan oleh kariah Masjid Al-Mukminin Kota Kayang. Masjid ini mampu memuatkan seramai 500 orang jemaah. Masjid Al-Mukminin mempunyai 3 orang imam dan seorang bilal. Sumber pendapatan Masjid Al-Mukminin ialah daripada kutipan kariah pada setiap hari Jumaat selepas Solat Jumaat.


Latar belakang Imam Masjid.
Salah seorang imam di Masjid Al-Mukminin Kota Kayang ialah Imam Abdullah bin Omar. Beliau adalah imam nombor 2 di masjid itu. Beliau berusia 51 tahun. Beliau menetap berdekatan dengan Masjid yang ditadbirnya iaitu di Kampung Tanjung Buluh. Beliau mempunyai 5 orang anak. Beliau telah menjadi imam masjid Al-Mukminin semenjak tahun 2004. Pada mulanya, imam yang pertama iaitu Imam Haji Suhaimi telah mengajak belaiu menjadi iman kadua masjid tersebut. Setelah mengisi borang  beliau telah ditemuduga oleh Jabatan Agama Islam Perlis dan beliau telah lulus dalam temuduga tersebut. Beliau telah dilantik menjadi imam di masjid Al-Mukminin  oleh JAIPs. Imam Abdullah juga banyak memberi ceramah di kawasan surau-surau kariah di Kota Kayang.


Aktiviti-aktiviti di Masjid Al-Mukminin.
Masjid Al-Mukminin telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk penduduk setempat. Aktiviti harian yang disediakan adalah solat berjemaah pada setiap waktu sembahyang. Sambutan yang diterima adalah suram oleh kerana ramai penduduk yang bekerja di luar kawasan Kota Kayang.  Manakala aktiviti mingguan yang telah disediakan adalah pada setiap malam Selasa, Jumaat dan malam Ahad, mereka telah mengadakan ceramah dengan pelbagai tajuk pada setiap minggu. Mereka telah menjemput 2 orang penceramah tetap iaitu Ustaz Abdul Rahman dari Kedah dan seorang lagi ialah ustaz di Sekolah Agama Kuala Perlis. Pada Khamis malam Jumaat, mereka akan mengadakan kuliah Tadarus Al-Quran. Mereka akan membaca Al-Quran 2 muka surat dan memberikan maknanya sekali. Hal ini adalah untuk memberitahu maksud setiap ayat yang dibaca kerana ramai dikalangan mereka tidak fasih dalam bahasa Arab. Aktiviti ini juga mendapat sambutan dikalangan kaum wanita. Aktiviti pada bulan istimewa pula seperti bulan Ramadhan, setiap hari pada waktu berbuka puasa kariah yang hadir akan membawa makanan masing-masing untuk berbuka bersama. Selepas solat Tarawikh mereka akan mengadakan jamuan makan iaitu More’. Jamuan makan selepas solat Tarawikh ini akan diadakan 4 kali sekali dengan hidangan yang dimasak sendiri di Masjid AL-Mukminin. Bahan-bahan yang digunakan untuk memasak adalah hasil daripada sumbangan ihklas individu. Pada bulan Ramadhan juga, sebelum berakhirnya bulan yang mulia ini, pihak Masjid telah memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal. Sumbangan ini diberikan 2 minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri. Tujuan sumbgan ini adalah untuk memberikan sedikit harapan supaya mereka dapat menyambut hari bahagia bagi seluruh umat Islam dengan senyuman. Ia juga dapat menyedarkan mereka bahawa mereka tidak terpinggir dari orang yang berkemampuan. Seramai 25 hingga 27 orang anak yatim berumur 17 tahun ke bawah yang masih bersekolah menerima sumbangan ikhlas ini. Manakala yang tidak bersekolah mereka akan menerima sumbangan sehingga mencapai umur 15 tahun. Setiap tahun peruntukan bagi sumbangan anak yatim dan ibu tunggal ini adalah hampir  RM3 ribu. Pihak masjid juga memberikan sumbangan ikhlas kepada anak kariah yang cemerlang dalam akademik. Pelajar-pelajar yang mendapat sumbangan adalah yang cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Mereka yang layak mendapat tempat di Universiti juga menerima sumbangan dari pihak masjid, turut tidak ketinggalan pesakit-pesakit kronik dari penduduk Marhum Kayang juga mendapat sumbangan wang setiap bulan. Wang yang diperuntukan untuk mereka adalah sebanyak RM200 setiap bulan. Wang yang disumbangkan adalah dengan menggunakan duit masjid sendiri. Pada Hari Raya Aidiladha pula, pihak Masjid selalunya menyediakan 5 ekor lembu untuk dikorbankan. Mereka akan mengumpul duit dengan cara main kutu atau simpan duit sedikit demi sedikit. Mereka akan menyimpan sebanyak RM50 sebulan. Mereka yang menyimpan duit ialah di kalangan kariah-kariah Masjid Al-Mukminin.  Akan tetapi, pada Hari Raya Aidiladha tahun 2010 iaitu tahun sebelum, pihak masjid telah menerima sumbangan dari pihak Belia. Mereka menerima sebanyak 3 ekor lembu untuk dikorbankan dan diagihkan kepada setiap penduduk kampung. Sambutan Hari Raya Aidiladha mendapat sambutan daripada orang-orang kampung itu sendiri. Pada sambutan Maal Hijrah, pihak ,masjid akan mengadakan ceramah. Pada sambutan Maulidur Rasul, pihak masjid akan memberikan ceramah kepada pihak jemaah yang hadir. Ceramah ini adalah mengenai perjuangan Nabi Muhammad semasa kehidupan baginda. Pada 12 Rabiul Awal 1432 Hijrah bersamaan 15 Febuari 2011, pihak Masjid akan mengadakan program Qiamulail bersempena hari Maulidur Rasul. Pihak masjid akan menyediakan makan dan minum serta sedikit tazkirah mengenai perjuangan Nabi Muhammad.  Aktiviti-aktiviti lain yang disediakan oleh pihak Masjid adalah seperti permainan sepak takraw pada waktu petang. Akan tetapi, aktiviti riadah ini mendapat sambutan yang hambar. Terdapat juga program-program yang diadakan oleh pihak masjid. Program yang dianjurkan adalah seperti konvoi ke Masjid Negeri Perlis selepas solat Maghrib. Program ini baru sahaja dijalankan pada tahun 2011. Mereka akan solat Maghrib di Masjid Al-Mukminin dan sementara menunggu masuknya waktu Isyak, mereka akan bersama-sama berkonvoi ke Masjid Negeri untuk menyempurnakan solat Isyak berjemaah bersama kariah Masjid Negeri. Baru-baru ini juga pihak masjid telah berjaya menarik minat golongan muda untuk ke masjid dengan cara menganjurkan program tayangan bola Piala Suzuki di surau yang berdekatan. Mereka telah berjemaah mengerjakan solat Maghrib dan Isyak. Selepas selesai solat tayangan dimulakan dengan menggunakan LCD dan skrin putih. Mereka juga telah menyediakan sedikit kenduri di situ. Selain itu, mereka telah menarik peminat sukan bola sepak Negara ini dengan cabutan bertuah. Hadiah yang di sediakan adalah T-shirt yang telah disumbangkan kepada pihak Masjid oleh pihak-pihak yang tertentu. Program ini  mendapat sambutan hangat terutama sekali generasi muda. Selain daripada program ini, pihak masjid juga telah mengadakan program Memancing Botol bersama-sama dengan Kementrian Kesihatan Kuala Perlis. Program ini dimulakan pada pukul 8.00 pagi hingga 12 tengahari. Pada awalnya, program ini kurang mandapat sambutan. Selepas pukul 10 pagi penduduk ramai mengunjungi dan menghadirkan diri untuk sama-sama menjayakan program ini. Terdapat aktiviti-aktiviti yang menarik ketika program ini dijalankan iaitu aktiviti memancing botol, jamuan, cabutan bertuah dan tendangan gol. Hadiah-hadiah juga disediakan. Pada hari tersebut para pengunjung juga boleh mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan secara percuma. Antara pemeriksaan yang disediakan adalah pemeriksaan kadar gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Pihak Masjid Al-Mukminin juga mengadakan aktiviti kebersihan seperti gotong-royong dan aktiviti lain seperti ekasih Baitulmal. Sambutan yang diberikan oleh pihak sekitar masjid ini ketika bergotong-royong adalah baik. Sekurang-kurangnya seramai 15 hingga 20 orang menghadirkan diri mereka untuk nyertai aktiviti membersihkan kawasan Masjid. Terdapat banyak sambutan yang hangat sekiranya ianya berbentuk sosial dan kurangnya sambutan daripada penduduk sekiranya ianya berbentuk kuliah agama. 


Kesan daripada aktiviti yang dianjurkan oleh Masjid Al-Mukminin.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Masjid Al-Mukminin adalah aktiviti untuk menjadikan masjid sebuah tempat beribadat dan juga sebuah institusi ilmuan bagi seluruh umat Islam.  Setelah menganjurkan pelbagai program dan aktiviti yang bermanfaat, terdapat kesan-kesan yang baik terhadap penduduk sekitar Marhum Kayang. Terdapat perubahan jika disbandingkan dengan kehidupan masyarakat Marhum Kayang, iaitu mereka sudah rajin dan ringgan tulang untuk beribadat di Masjid Al-Mukminin. Pada masa dahulu, setiap waktu solat kurang jemaah yang hadir dan hampir tidak ada jemaah. Selepas pihak Masjid menganjurkan program dan aktiviti ini, setiap waktu solat terdapat jemaah yang hadir dan kehadiran jemaah masjid semakin bertambah. Perubahan yang baik juga adalah, pada waktu subuh dahulunya tiada jemaah tetapi selepas daripada itu penduduk semakin ramai yang hadir mendirikan solat subuh di Masjid. Masjid itu yang dahulunya suram dengan kehadiran penduduk di Marhum Kayang, kini  telah menjadi tempat utama penduduk beribadat pada setiap waktu solat.


Masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak Masjid Al-mukminin.
Pada zaman globalisasi ini terdapat banyak gejala sosial yang melanda masyarakat. Gejala sosial ini tidak berkecuali melanda di Marhum Kayang. Gejala-gejala ini adalah seperti kes kecurian. Antara kes-kes kecurian yang berlaku di Masjid Al-Mukminin ialah seperti kes kecurian duit tabung Masjid, paip, alat pembesar suara dan juga tiang sepak takraw. Selepas kejadian-kejadian yang tidak bermoral ini berlaku, pihak Masjid telah mengambil keputusan untuk mengunci pintu masjid selepas solat jemaah. Hal ini kerana tidak ada orang yang boleh menjaga harta benda Masjid. Pihak Masjid juga perlu mengunci pintu Masjid supaya tidak ada orang yang dapat mencuri harta Masjid. Selepas pintu Masjid telah dikunci kes kecurian sudah tidak berlaku lagi. Dengan itu, pihak Masjid telah berjaya membendung kejadian yang tidak berfaedah ini dengan mengunci pintu Masjid.


Cadangan yang diberikan oleh Imam Masjid Al-mukminin.
Imam Masjid Al-Mukminin Kota Kayang telah menyatakan cadangan beliau untuk memperbaharui Masjid dan untuk mengembalikan semangat Masjid kepada penduduk setempat. Imam Masjid ini mencadangkan supaya pihak Masjid menyediakan kemudahan LCD, skrin putih besar dan laptop. Hal ini kerana, sekiranya kemudahan ini disediakan, ceramah-ceramah yang dibuat akan bertambah menarik dengan adanya tayangan bergambar. Jemaah Masjid juga akan bertambah sekiranya mereka dapati bahawa ceramah-ceramah yang diberikan dapat menarik perhatian mereka dan mereka pasti akan bersemangat untuk mendengar ceramah tersebut. Tayangan semasa ceramah juga akan dapat memberikan banyak gambaran sebenar tentang ceramah yang diberikan. Perkara ini sudah terbukti pada masa dahulu. Pihak Masjid telah meminjam peralatan-peralatan seperti LCD, skrin putih dan laptop semasa khutbah Jumaat. Tajuk pada khutbah Jumaat itu adalah tentang dunia Palestin dan jemaah-jemaah yang hadir nampak teruja serta tidak bosan mendengar khutbah itu. Terdapat juga ceramah yang menggunakan kemudahan ini seperti ceramah tentang Aceh. Sambutan yang diterima pada masa itu adalah sangat memberangsangkan. Imam Abdullah bin Omar juga turut mencadangkan supaya pihak Masjid akan dapat menyediakan pengurusan jenazah yang lengkap di Masjid Al-Mukminin. Perancangan pengurusan jenazah ini adalah seperti menyediakan perkhidmatan membuat keranda, mengapankan jenazah dan kereta jenazah. Semua pengurusan ini akan dilakukan di Masjid. Perancangan ini dibuat untuk meningkatkan perkhidmatan bagi menyenangkan penduduk setempat. Pada masa ini, pihak masjid hanya menyediakan perkhidmatan mandi jenazah. Sekiranya kesemua prosedur bolah dilakukan di Masjid sahaja, ianya akan lebih mudah kerana tidak perlu mengangkut tempat mandi jenazah ke rumah keluarga arwah. Terdapat juga cadangan untuk membaik pulih Masjid seperti memperbaharui siling, memperbaik sistem wayar dan menggantikan pagar wayar kepada batu. Hal ini kerana, di sekeliling luar Masjid terdapat tanah persendirian dan kawasan tersebut dienuhi dengan semak-samun. Pihak masjid boleh menutup pandangan semak tersebut sekiranya pagar besi dapat digantikan dengan pagar batu. Semak yang terbentang tidak dapat di bersihkan kerana tanah tersebut adalah hak milik persendirian. Ianya hanya boleh ditutup dengan pagar batu sahaja.   


Harapan Imam Masjid Al-Mukminin.
Imam Abdullah sangat mengharapkan agar kemeriahan Masjid dapat dikembalikan oleh generasi muda. Hal ini kerana mereka adalah generasi yang akan menjaga dan mentadbir Masjid pada masa akan datang. Sekiranya mereka tidak melibatkan diri dalam aktiviti Masjid, mereka tidak akan dapat mentadbir Masjid dan tiada sesiapapun yang akan menjaga Masjid tersebut. Imam Abdullah juga mengharapkan supaya jemaah Masjid akan bertambah ramai seperti jemaah pada waktu solat Jumaat. Selain daripada itu, beliau berharap anak-anak muda kembali kepada ajaran agama Islam supaya gejala yang tidak sihat dan melanggar hokum agama dapat dikurangkan serta dapat dibendung. Dengan ini, umat Islam akan kembali hidup dengan aman dan damai.

PENUTUP.
Masjid Al-Mukminin adalah masjid utama di Jalan Marhum Kayang. Pelbagai akitiviti telah di buat di Masjid tersebut. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan agar penyatuan umah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dapat dicapai. Adapun pelbagai aktiviti dijalankan terdapat juga penduduk yang menganggap masjid adalah tidak penting. Hal ini harus dibendung dan pihak Masjid perlu melakukan sesuatu agar pemikiran mereka dapat diubah.
Secara kesimpulanya, umat Islam diseluruh dunia perlulah memakmurkan masjid kerana ini adalah satu tuntutan daripada Allah s.w.t.bagi mencapai matlamat ini, pihak Masjid Al-Mukminin telah banyak melakukan aktiviti yang bermanfaat supaya penduduknya dapat memakmurkan masjid tersebut. Perancangan untuk melakukan aktiviti lain  juga sudah dibuat dan diharapkan supaya penduduk sekitarnya dapat menyempurnakan tuntutan Islam ini iaitu memakmurkan Masjid.

BIBLIOGRAFI.


Imam Masjid Al-Mukminin. [ Ustaz Abdullah Bin Omar ]



Kawasan Masjid Al-Mukminin.

      

Kawasan Masjid Al-Mukminin ketika banjir [2010]